- Pusat Kursus Perkahwinan Al Shahir Management di Kompleks Kejiranan Presint 16 akan mula beroperasi secara ONLINE bermula pada 11 Julai 2020 dan seterusnya.
- Kelas kursus akan dijalankan secara atas talian (online) menggunakan aplikasi video meeting seperti zoom/ meet/ skype di mana peserta hanya berinteraksi dan berkomunikasi dengan fasilitator/ penceramah daripada rumah.
Contoh gambar sesi kelas online yang telah dijalankan Penceramah ‘live’ Interaksi Bersama Peserta
- Kemudahan berkursus secara online ini hanya diberikan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kepada Syarikat yang bertauliah sahaja.
- Kelas akan dijalankan selama satu (1) hari sahaja dengan tempoh selama 5 jam berterusan. Peserta perlu hadir sepenuhnya secara online sepanjang sesi berjalan bagi layak menerima sijil.
- Kehadiran dan penglibatan penuh peserta adalah dipantau dengan teliti bagi memastikan pemahaman isi kandungan Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPPI) JAKIM.
- Ujian pemahaman akan dijalankan pada sesi terakhir bagi menilai tahap kefahaman peserta kepada isi kandungan kursus.
Sijil dikeluarkan JAWI sahlaku seumur hidup dan sah digunakan untuk perkahwinan seluruh Malaysia.*
*Peserta daripada luar WP perlu merujuk terlebih dahulu ke pejabat agama tempat bermastautin samada prosedur terkini adakah dibenarkan untuk mengikuti kursus online di WP.
Sijil peserta boleh di ambil di tempat kursus atau dipos ke alamat (caj pos mengikut kadar semasa ditetapkan Pos Malaysia).

TEMPAT TERHAD 60 PESERTA TERAWAL SAHAJA BAGI SETIAP SESI
Tempahan hanya boleh dibuat mengikut tarikh dibuka. Kami tidak mengambil ‘early booking’ lebih awal.
Tarikh kursus terkini:
APRIL
24 HB SABTU (Tempahan mulai 19 Apr Isnin 8.00 pagi) PENUH
25 HB AHAD (Tempahan mulai 19 Apr Isnin 8.00 pagi) PENUH
Pertanyaan lanjut dan tempahan whatsapp / call 0192876979
Whatsapp nama dan tarikh untuk tempah slot.
Contoh: Ali bin Ahmad & Siti binti Abu. 25/04/2021.
#mudahmurahselamat