Adalah dimaklumkan tiada Kursus Pra Perkahwinan pada 5 dan 6 November 2011. Sesi kursus akan disambung seperti biasa pada 12 dan 13 November 2011 dan setiap minggu seterusnya. Ini sempena Hari Raya Aidiladha jatuh pada Ahad, 6 November 2011.Terima Kasih.
Monthly Archives: October 2011
Tempoh laku sijil kursus pra perkahwinan
Email dari farzieray:
Assalamualaikum…
1. Boleh ke saya dan pasangan mengikuti kursus pra-perkahwinan ini walaupun
belum merancang tarikh berkahwin… ?? kami masing-masing berumur 23 tahun.
Al Shahir: Boleh. Sangat digalakkan. Kursus Kahwin ada modul bagi mencari ciri-ciri terbaik untuk pasangan anda
2. Adakah sijil ksus pra-perkahwinan yang dikeluarkan mempunyai tamat tempoh @ utk sepanjang hayat…
Al Shahir: Sijl yang dikeluarkan tiada tamat tempoh. Bagi peserta lelaki yang ada hajat nak kahwin 2,3 atau 4, simpan sijil anda di tempat selamat. Anda boleh gunakan sijil ini untuk pernikahan-pernikahan anda.
Kursus Kahwin dalam English – bahasa inggeris
Email from kirana_spirit;
Kirana Spirit:Assalammualaikum.Saya nak bertanya, adakah Al-Shahir mengadakan kursus perkahwinan dalam Bahasa Inggeris.
Al Shahir: Buat masa ini tiada. Sepanjang pengetahuan kami tiada lagi tempat kursus di Kuala Lumpur yang guna Bahasa Inggeris sebagai pengantara.
Pendaftaran online dikemaskini
Kami telah mengemaskini pendaftaran online kami. Sekarang selepas anda menghantar pendftaran, satu salinan borang pendaftaran akan diemail kepada anda. Anda hanya perlu mencetak borang dan bawa bersama semasa pendaftaran di hari kursus.
Klik menu Pendaftaran untuk mendaftar sekarang.