Sijil Kursus Pra Perkahwinan ialah bukti kehadiran ke Kursus Pra Perkahwinan. Sijil ini boleh di ambil di pusat kursus seminggu selepas tamat kursus.
Sijil ini perlu di kepilkan bersama borang permohonan nikah ke Jabatan Agama. Jika permohonan nikah diluluskan, Jabatan Agama akan COP pada sijil kursus. Jika sijil telah di laminate, ini akan menyukarkan urusan di Jabatan Agama.
Kami menasihatkan pemegang Sijil Kursus Pra Perkahwinan agar tidak melaminate sijil anda. Al Shahir Management akan membekalkan sarung plastik secara PERCUMA* kepada semua peserta kursus kami.
(selagi stok masih ada.)